Akulah Penulis

Antologi artikel dari beberapa blog lama aku.

Video of the Day

Latest Post

Saturday, August 25, 2018

0

Tips Blogging



Abah terjumpa artikel di bawah

7 Tips To Help Improve Your Blogs Performance

1. Use short titles that won’t get cut off by the search engines.

2. Don’t forget to include your target keyword in your title.

3. Test several CTAs within your blog.

4. Have a second CTA to catch visitors that are not interested in your main CTA.

5. Interlink your blog posts.

6. Don’t be afraid to edit old posts to point to your new posts.

7. Highlight special content in your posts.


Oleh Jonathan Long. Didalam post tersebut di letakkan link ke tajuk di bawah.

7 Reasons Your Blog is Unsuccessful

1. No balance between post frequency and content quality

2. Your blog is a constant sales pitch

3. Your blog topics are not engaging

4. Your blog doesn’t provide a good experience on mobile or tablet devices

5. Your blog is built around SEO and not quality content

6. You are not committed 100%

7. Your blog is stale.


Kemudiannya terjumpa tajuk seperti ini pula.

How to write-effective-blog-posts

Have something useful to say

Pay attention to grammar

Format your blog posts so they are easy to digest

Write in-depth long posts

Use images in your posts

Include a call to action in your blog post

Link and display related posts





Sunday, June 25, 2017

0

Demam Hari Raya



Hari ni 1 Syawal bermakna telah habis bulan Ramadan.

1 Syawal juga bermakna Hari Raya. Hooreeeeee...............!

Awat yang happy sangat tu ?

Aku happy sebab tahun aku dapat puasa penuh. Sudah 7 tahun aku tak dapat puasa penuh sebab gastrik. Tahun ni aku dapat lengkapkan. Alhamdulillah.

Bermula 28 Ramadan aku demam hingga hari ni. Badan rasa lemah ditambah pula dengan selsema. So, aku baring dan tidor je sepanjang hari. Nak makan pun tak berapa selera ..... Ziarah raya aku melalui Facebook je. Hi hi hi .....

Woi ......., budak-budak PT3 tolong beringat sikit. Jangan happy sangat sampai lupa diri. Next week hangpa kena buat Tugasan Geografi PT3.

Siang hari hangpa pi beraya, malam pi ulangkaji Geografi tu ! Baca buku Geografi, tajuk Peta ..... ha ha ha !
Apa yang aku ingat, Geografi adalah peta. Subjek lain tak guna peta dan tak lukis peta. Jangan lupa tajuk peta.

Okay lah, aku demam ni. Aku nak tidor. Budak PT3 pi baca buku dan ulangkaji. 


Saturday, October 15, 2016

0

Hikayat Redfly Episod 6


Setelah lama berbincang akhirnya koloni Defly bersetuju dengan cadangan OCeru untuk berjumpa pemimpin OCeru yang terasing. Mereka menjemput kawanan L3A bersama.


Perjalanan tersebut agak lama namun semua berasa teruja kerana ingin memulakan sesuatu yang baru. Sesuatu yang bakal merubah senario kawasan padang itu.


OCeru terus membawa kawanan Defly berjumpa pemimpin koloni OCeru yang terasing, XLOCeru.


Kawanan Defly berasa hairan melihat keadaan di situ lalu mereka berbincang panjang lebar cara untuk menyelamat XLOCeru.


Bersambung..




Monday, October 10, 2016

0

Hikayat Redfly Episod 5


Seperti yang telah ditetapkan, berkumpullah semoga anggota kawanan L3A untuk ujian embun beracun. Ada di kalangan anggota Defly yang tidak tahu kewujudan ujian embun beracun. Maka berkatalah L3A kepada kawanannya ...


Lalu mereka pun melakukan ujian tersebut. Sekonyong-konyongnya berlakulah perubahan yang menakjubkan pada diri mereka.


Semua yang hadir berasa kagum melihat peristiwa itu. Mereka memuji keberanian dan keikhlasan kawanan L3A menjalani ujian itu. Lalu kawanan L3A diberi gelaran kumpulan GAGAH BERANI.

Peristiwa bersejarah itu telah dilihat oleh dua anggota koloni Oceru dengan penuh kehairanan.


Lalu kedua-dua anggota OCeru menghampiri tempat itu untuk menyapa mereka.


Bersambung.


Wednesday, October 5, 2016

0

Hikayat Redfly Episod 4


L3A telah membuat keputusan untuk menyertai koloni Defly, lalu dia pergi ke koloni Defly.


Namun , bukan semudah yang disangka, ada dikalangan ahli Defly meragui hajat L3A dan kawanannya.
  

Semua yang hadir terdiam. Seribu persoalan bermain di benak mereka. Apakah ujian yang akan dilakukan ? Bagaimanakah bentuk ujian itu ? Belum pernah sesiapa pun yang diuji untuk menjadi anggota koloni Defly. Namum L3A nekad untuk menyertai koloni Defly. Lantas ...


 Sekali lagi mereka terdiam. Tetiba L3A bersuara ...


Bersambung...




Sunday, October 2, 2016

0

Day 6 - Rehat



Hari ini aku rehat.

Aku berpeluh dengan mengemas rumah.

Aku hanya buat push up 1 set .

Donkey kick 1 set.

Belly twist 2 set.

2 latihan baru yang aku jumpa di YouTube yang fokus kepada kekuatan tangan dan bahu.


Saturday, October 1, 2016

0

Day 5




Berikutan sentapan semalam, hari ini aku hanya melakukan sedikit senaman sahaja.

Aku berorbit bike 20 minit dengan pelbagai kelajuan untuk membina stamina.

Aku lakukan 3 latihan bebanan untuk tangan , bahu dan dada dalam 2 set.

Seterusnya donkey kicks 1 set

Push ups 1 set 

Elbow plank 1 set

Belly twist 60 ulangan. 

Khuatir kecederaan serius.

Makan sedap macam biasa.


Friday, September 30, 2016

0

Hikayat Redfly Episod 3


Berita kawanan L3A singgah di koloni Defly telah tersebar diseluruh koloni Redfly. Berita ini telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan anggota Redfly.


Keadaan ini diburukkan lagi oleh kenyataan daripada salah satu anggota golongan L1 Redfly. 


Untuk meredakan keadaan, lalu bersuaralah pemimpin ulung Redfly dengan lantangnya...


Setelah mendengar kata-kata  pemimpin ulung mereka, anggota Redfly berasa lega lalu mereka bergembira semula.




Bersambung...


0

Day 4 - Cramp Perut Aku





Hari ke 4.

Latihan terhenti akibat sentapan pada otot rectus abdominis setelah satu jam berhuhu. Aku hentikan latihan kerana khuatir akan terjadi cramp. Jika cramp, melolong lah aku sorang sorang kerana tiada sesiapa di rumah. 

Hari sesi memanaskan badan dan regangan agak lama.

Selepas itu aku berorbit bike selama 18 minit dengan pelbagai kelajuan. Aku mesti bina stamina dan latihan untuk otot kaki dan paha. 

La ni duduk tahyat akhir lebih mudah. Paha sudah mula mengecil agaknya.

Aku bermula dengan latihan bebanan untuk otot  trapezius, deltoid, latissimus dorsi, triceps brachii dan biceps brachii. 4 jenis latihan   dengan beratn bebanan hanya 3 kg. Semuanya aku buat dalam 2 set. Setiap set 10 ulangan.

Selesai sahaja latihan bebanan , aku sambung dengan flutter kicks diikuti dengan bicycle crunches. Semuanya dalam 2 set.

Kemudian aku buat high knee 2 set. Mencungap juga dibuatnya.

Seterusnya push-ups 2 set dan kembali semula kepada latihan untuk abs iatu leg raises juga dalam dua set.

Keletihan melanda.... aku buat donkey kicks dan elbow plank dalam dua set.

Aku rest sekejap. Sudah ada rasa sakit pada abs.

Aku sambung dengan sit-up 1 set. Untuk set kedua pada ulangan ke lapan aku terasa ada sentapan pada otot rectus abdominis. Terus aku terbaring, tak berani bergerak. Selepas 2-3 minit baru aku gerakkan kaki dan bangun. Alhamdulillah lega. 

Aku hentikan latihan. Buat cooling off. Rehat ...nonton tv. Setelah sejuk aku mandi dan minum Pro TF. Aku tidur satu jam. 

Rasa segar seperti bangun pagi.

Aku tetap tibai nasi 3 kali satu hari.

Target masih kekal iaitu 2 kg dalam tempoh 2 minggu pertama.









Thursday, September 29, 2016

0

Day 3 - Sudah Ada Rasa Malas.


Hari ke 3.

Hari ini sudah mula timbul rasa malas. Satu perasaan yang paling tidak berguna dalam mana-mana program. Aku kuatkan semangat. Lawan rasa malas.

Aku terus meregangkan otot badan ku .

Aku berhuhu dengan orbit bike selama 18 minit hari ini denagnvariasi kelajuan. Berjujun peluh keluar.

Sebelum tu aku dah tibai nasi lemak dengan telur rebus. Aku perlukan nasi setiap hari untuk kekal cergas.

Tanpa nasi perut akan kembung dan sakit kepala.

Aku mulakan work out dengan 

Wall push up sebanyak 2 set.

Belly twister sebanyak 1 set.

Leg raises sebanyak 2 set

Bicycle crunches sebanyak 2 set.

Latihan ini aku buat atas lantai dengan bebanan 3 kg sebanyak 2 set.



Flutter kick sebanyak 2 set.

Reverse crunches sebanyak 2 set.

Donkey kick sebanyak 2 set. 

Akhir sekali aku buat sit up satu set. Sakit sungguh rasa perut.

Selepas selesai aku nap 40 minit. Bangun tidur terus minum Pro TF.

Hari ini aku makan nasi 3 kali tetapi dalam jumlah yang kecil. 

Sebentar tadi , aku pijak alat penimbang.... katanya ...target anda akan tercapai pada minggu ini. Consistance please. Aku telah hilang satu kilogram.

Hu hu hu ...


Target : Kurangkan 2 kg dalam tempoh 2 minggu.