Antologi artikel dari beberapa blog lama aku.

Video of the Day

Thursday, August 7, 2014

Coach Dollah Membujur Lalu Melintang Patah

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah merumuskan bahawa tiada stilah kumpulan maut dalam undian  Piala AFF Suzuki 2014. Sebaliknya beliau menganggap semua pasukan dalam kumpulan B mempunyai peluang seimbang untuk mara ke pusingan seterusnya. 

Betul cakap Datuk tu. Aku memang setuju. 



Setiap pasukan mempunyai peluang yang sama. Cuma yang membezakan mereka adalah keupayaan bermain dan strategi permainan yang digunakan. Pemenang adalah mereka yang pandai menggunakan kesempatan yang terhidang dan kebolehan pemain menjaringkan gol yang banyak.

Tiada kumpulan maut dan tiada pasukan yang boleh menabik dada dengan kehebatan mereka.

Aku sendiri sempat mendengar satu temubual telefon diantara Coach Dollah  dengan wartawan sebuah rangkaian televisyen tempatan. Coach Dollah menyatakan bahawa skuad Harimau Malaya bersedia menentang mana mana pasukan dan tidak sedikit pun berasa gentar.

Syabas Coach ! Inilah semangat yang kita mahu. Cuma pastikan semua pemain cergas untuk menghadapi pertandingan tersebut.


Kepada wartawan dan media massa , beri ruang dan peluang . Jangan cepat mengkritik.

Cuba kome pikir, apa sebab munculnya istilah kumpulan maut ?

Pada pendapat aku, istilah kumpulan maut ini dicipta oleh kelompok manusia yang takut kalah.....kia su e lang.


Unknown

Author & Editor

Aku hanya mahu menulis berdasarkan apa yang aku fikir dan apa yang aku tahu.



0 comments:

Post a Comment