Antologi artikel dari beberapa blog lama aku.

Video of the Day

Thursday, June 5, 2014

Perlukah Silat Olahraga Di Sekolah ?

Hai,

Pada minggu lepas Abah sempat singgah di sebuah sekolah untuk menyaksikan pertandingan silat olahraga daerah. Pertandingan ini melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah dari satu daerah untuk dipilih bagi mewakili daerah tersebut.

Meriah dangan sorakan dan ngeri juga melihat pertarungan mereka. Aksi pesilat remaja ini memang bersemangat dan bertenaga. Tiba tiba Abah rasa teruja untuk aktif semula, namun faktor usia dan kesihatan menjadi penghalang.

Abah memang rasa bangga melihat aksi kumpulan pesilat remaja tersebut. Bermakna silat yang menjadi warisan budaya bangsa ini mempunyai pewarisnya.

Sekali sekala terbit pula rasa risau melihat aksi pesilat remaja tersebut. Mereka seolah-olah tidak sayang badan, menyerang membuta tuli tanpa langkah dan belaan yang betul. Ghairah untuk menang , seninya hilang.

Tetapi apa nak dikata, semua ini adalah pertandingan. Semua pesilat perlu mengutip mata yang banyak untuk menang.



Hampir 5 jam Abah melekat disitu. Memerhatikan gelagat pesilat dan memerhati perjalanan pertandingan. Ada perkara yang menarik dan ada perkara yang menyedihkan.

Abah tertarik melihat aksi salah seorang wasit/juri pertandingan. Gayanya sebagai wasit memang menarik perhatian penonton dan sentiasa mendapat tepukan  penonton. Mukanya mirip Ustaz Azhar Idrus. 



 Abah rasa agak sedih apabila melihat kelancaran pertandingan yang sering terganggu akibat sikap acuh tak acuh pihak tertentu yang mengiringi peserta pertandingan. Antara peristiwanya ; 

1. Masalah pesilat tidak membawa kad pengenalan semasa proses timbang berat.
2. Pesilat berkuku panjang. Pihat wasit/juri terpaksa  menunggu pesilat selesai memotong 
    kuku barulah perlawanan boleh dimulakan.
3. Pesilat tidak memakai ball guard atau pelindung kemaluan. Ini adalah syarat wajib    
    pertandingan. Perlawanan ditangguhkan kerana menunggu pesilat mendapatkan/    
    memakai pelindung tersebut. 
4. Pesilat tidak memakai alat pelindung yang sesuai. Perlawanan kerap terhenti kerana 
    memberi ruang untuk pesilat membetulkan peralatan mereka. Untuk pengetahuan anda 
    pemakaian body protector silat, shin guard, elbow guard dan ball guard yang sesuai 
    adalah wajib.
5, Pemakaian bengkung oren juga wajib bagi 'pelepas' pesilat. Perlawanan lewat dimulakan 
    kerana terpaksa menunggu pelepas mencari/meminjam bengkung oren.

Pada hemat Abah perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Pihak pengurusan pasukan sekolah yang bertanding sepatutnya mengetahui peraturan pertandingan dan mesti menyediakan peralatan yang lengkap untuk pasukan mereka. Mereka juga perlu sedar akan risiko yang akan ditanggung oleh pesilat sekiranya  tidak berpakaian lengkap. 

Pesan Abah untuk semua yang terlibat, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Kalau dah kena makan tak habis. 

Abah Icah : Perlukah Silat Olahraga di pertandingkan sekolah-sekolah ?


Unknown

Author & Editor

Aku hanya mahu menulis berdasarkan apa yang aku fikir dan apa yang aku tahu.



0 comments:

Post a Comment