Antologi artikel dari beberapa blog lama aku.

Video of the Day

Friday, September 30, 2016

Day 4 - Cramp Perut Aku





Hari ke 4.

Latihan terhenti akibat sentapan pada otot rectus abdominis setelah satu jam berhuhu. Aku hentikan latihan kerana khuatir akan terjadi cramp. Jika cramp, melolong lah aku sorang sorang kerana tiada sesiapa di rumah. 

Hari sesi memanaskan badan dan regangan agak lama.

Selepas itu aku berorbit bike selama 18 minit dengan pelbagai kelajuan. Aku mesti bina stamina dan latihan untuk otot kaki dan paha. 

La ni duduk tahyat akhir lebih mudah. Paha sudah mula mengecil agaknya.

Aku bermula dengan latihan bebanan untuk otot  trapezius, deltoid, latissimus dorsi, triceps brachii dan biceps brachii. 4 jenis latihan   dengan beratn bebanan hanya 3 kg. Semuanya aku buat dalam 2 set. Setiap set 10 ulangan.

Selesai sahaja latihan bebanan , aku sambung dengan flutter kicks diikuti dengan bicycle crunches. Semuanya dalam 2 set.

Kemudian aku buat high knee 2 set. Mencungap juga dibuatnya.

Seterusnya push-ups 2 set dan kembali semula kepada latihan untuk abs iatu leg raises juga dalam dua set.

Keletihan melanda.... aku buat donkey kicks dan elbow plank dalam dua set.

Aku rest sekejap. Sudah ada rasa sakit pada abs.

Aku sambung dengan sit-up 1 set. Untuk set kedua pada ulangan ke lapan aku terasa ada sentapan pada otot rectus abdominis. Terus aku terbaring, tak berani bergerak. Selepas 2-3 minit baru aku gerakkan kaki dan bangun. Alhamdulillah lega. 

Aku hentikan latihan. Buat cooling off. Rehat ...nonton tv. Setelah sejuk aku mandi dan minum Pro TF. Aku tidur satu jam. 

Rasa segar seperti bangun pagi.

Aku tetap tibai nasi 3 kali satu hari.

Target masih kekal iaitu 2 kg dalam tempoh 2 minggu pertama.









Unknown

Author & Editor

Aku hanya mahu menulis berdasarkan apa yang aku fikir dan apa yang aku tahu.



0 comments:

Post a Comment