Antologi artikel dari beberapa blog lama aku.

Video of the Day

Thursday, June 5, 2014

Shopping Untuk SEO

Pagi semalam Abah terlebih tidur.  Bangun tidur rasa gelong. Selepas termenung sana-sini, terus ajak 'äwek' pergi window shopping. Kami keluar berdua sahaja. Icah ?

Icah tiada di rumah. Dia bercuti di kampung. Seronok di kampung, boleh mandi laut selalu. Okaylah tu ! Biarlah dia tinggal dikampung. Belajar susah sedikit.

'Awek' ajak pergi ke salah satu gedung membeli-belah terbaru di kawasan kami. Dia yang drive. Abah duduk di sebelah. Terasa macam tuan besar pula. Hi hi hi ..............  

Perjalanan kami tidak jauh, lebih kurang 10 minit sahaja. Parking pun senang. Sebab hari bekerja tidak ramai pengunjung. Abah suka gedung ini sebab bangunannya besar dan hiasan dalamannya cantik. Setiap kali berkunjung Abah akan captured beberapa keping gambar.

Ini salah satu sudut yang Abah suka. Pandangan persfektif yang menarik


Refleksi cahaya pada lantainya yang putih dan berkilat.


Ini pula adalah tempat yang sangat penting disetiap gedung membeli-belah. Di saat kecemasan.


Di tingkat bawah gedung ini terdapat banyak tempat makan. Abah jelajah semua premis menjual makanan di situ dengan satu tujuan yang nakal. Apa dia ...............?

Hanya ada beberapa premis sahaja yang mempamerkan logo halal. Yang lain .............. ? Setiap hujung minggu premis ini dipenuhi pengunjung Melayu untuk menjamu selera. Tidak kira samada halal atau tidak. Yang penting ada orang Melayu kerja di tempat itu. Kira halal lah ye !

Di gedung ini, salah satu tempat yang Abah suka singgah adalah kedai buku Popular. Jika singgah di situ, pastinya satu jam akan melekat di celah-celah rak buku. 'Awek' Abah pun sama. 

Ini adalah kawasan favourite Abah.


Kunjungi Abah kali ini untuk mencari buku SEO Made Easy karya Evan Bailyn. Puas mencari namun tidak berjumpa. Akhirnya Abah minta pekerja Popular semak senarai buku dalam sistem katalog mereka.

Selepas 10 minit menunggu, jawapan mereka .........."Tiada encik".

Ooouhhhhhhhh.......kecewanya.

Menurut seseorang sahabat,  buku ini menerangkan perkara yang berkaitan kajian keyword,
meta page title, link dan struktur url permalinks untuk mengoptima Google.

Abah cari buku ini untuk belajar SEO. Kujungan kali ini .................. mission fail.  

Abah beli juga buku bertajuk Zits Shredded. Gelak besar baca buku ni.


Abah Icah : Shopping Untuk SEO.


Unknown

Author & Editor

Aku hanya mahu menulis berdasarkan apa yang aku fikir dan apa yang aku tahu.



0 comments:

Post a Comment