Antologi artikel dari beberapa blog lama aku.

Video of the Day

Sunday, July 6, 2014

Kejohanan Olahraga Sekolah

As salam.

Minggu akhir sebelum puasa merupakan minggu yang sibuk bagi sekolah-sekolah di kawasan Abah. Sejak sekolah dibuka selepas cuti pertengahan tahun, stadium yang terletak berdekatan rumah Abah sentiasa riuh. Dipenuhi dengan jeritan murid dan bunyi tembakan. 

Acara sukan tahunan atau kejohanan olahraga sekolah berlangsung dalam tempoh dua minggu sebelum puasa. Apa logiknya mengadakan sukan tahunan pada bulan Jun ? 

Abah senpat juga menjengah ke stadium untuk mengambil gambar sambil berjumpa rakan rakan guru. Sambil berbual, Abah sempat bertanya rasionalnya mengadakan sukan tahunan pada bulan Jun.

Masing-masing menggeleng-gelengkan kepala. 

"Entahlah........". jawab seorang guru yang sudah separuh umur.

"Peringkat daerah dah lepas, peringkat negeri pun dah habis ..... baru nak buat peringkat sekolah."   

"Kami ni pun buat kerja kelam kabut, baru buka sekolah dah nak sukan. Lepas ni budak budak nak exam pulak. Rasa macam tak cukup kaki tangan."sampuk seorang guru lagi.

Huh.......... kesian juga memikirkan nasib kaum guru kita ni. Bermacam-macam perkara yang mereka buat demi membentuk anak bangsa dan membina negara. Mereka memang komited terhadap kerja tanpa banyak songeng

Apakah tujuan Kementerian Pendidikan mengarahkan supaya Kejohanan Olahraga Sekolah dilangsungkan pada bulan Jun atau Julai ?

Dalam post ini Abah sertakan gambar kesungguhan guru-guru menjayakan sukan tahunan sekolah.


Seorang guru memberi tunjuk ajar cara mengendalikan starting block.


Guru-guru yang bertugas sebagai pencatat masa, hakim penamat dan hakim balapan.


Guru yang bertindak sebagai penolong pelepas sedang memberi taklimat kepada peserta.

Abah Icah : Teringin nak berlari acara 100 meter.




Unknown

Author & Editor

Aku hanya mahu menulis berdasarkan apa yang aku fikir dan apa yang aku tahu.



0 comments:

Post a Comment