Antologi artikel dari beberapa blog lama aku.

Video of the Day

Tuesday, September 27, 2016

Day 1 - Workout Yang Mana ?




Selamat pagi .

Pagi ini aku bersarapan dengan secawan milo O dan 6 keping biskut jagung. Kemudian makan ubat Coveram 5/10.

Aku mula berhuhu dengan regangan. Kemudian aku mula ber'orbit bike' selama 15 minit dengan kayuhan 15.5 km sejam.

Aku regangkan lagi otot-ototku.  Aku mulakan workout dengan reverse crunches 2 set. Setiap set 10 ulangan. Sakit perut rasanya.

Then aku berhigh knees sebanyak 2 set. Steady je.

Sambung lagi dengan 2 set bicycle crunches. Lagi sakit otot perut aku. 

Kemudian donkey kicks 2 set untuk otot ponggong diikuti elbow plank 2 set untuk abdomen. Setiap set 20 saat.

Seterusnya push ups 2 set untuk chest. 

Reverse crunches 2 set untuk abdomen. Banyak betul angin keluar...

Tricep dips 2 set. 2 x10 ulangan.

Akhirnya aku menjadi superman sebanyak 2 set untuk otot belakang tengkok.

Banyak juga work out yang dibuat. Anggaran masa lebih kurang 1jam.

Selepas selesai berhuhu aku belasah 200ml air dicampur dengan 1 scoop Pro TF. Sedap betul minum selepas berpeluh.

Aku berhuhu sambil pakai kain pelikat je sebab tiada sesiapa di rumah. La ni aku sedang belasah air kosong. Nak habiskan 1.5 liter.
 
Petang tadi aku dapat buat 1 set leg raises dan 1 set bicycle crunched.

Aku makan nasi 3 kali hari ini. 

Adus ... susah nak kawal makan.


Unknown

Author & Editor

Aku hanya mahu menulis berdasarkan apa yang aku fikir dan apa yang aku tahu.



0 comments:

Post a Comment