Antologi artikel dari beberapa blog lama aku.

Video of the Day

Tuesday, September 23, 2014

Tumbuhan Semula Jadi Kawasan Mediterranean

Kawasan beriklim Mediterranean.


Iklim Mediterranean dikenali sebagai kawasan yang mengalami iklim panas sederhana kelautan pantai barat.

Turki adalah salah satu negara di pantai laut Mediterranean yang mengalami Iklim Mediterranean.

Ciri-ciri Iklim Mediterranean.

i. Musim panasnya adalah panas dan singkat. 21C hingga 24C.
ii. Musim sejuknya adalah sederhana, panjang dan lembap. 10C hingga 14C.
iii. Hujan tahunannya antara 400mm hingga 800mm dibawa oleh Angin Baratan pada 
     musim sejuk.

Keadaan hujan dan bentuk muka bumi di pinggir pantai Turki mempengaruhi tumbuh-tumbuhan dihutan Mediterranean.

Hutan Mediterranean terbahagi kepada dua jenis :

i. Hutan bangkut (marquis) - tumbuh di kawasan rendah dan kering.


Ciri-ciri tumbuhan hutan bangkut :

a) Terdiri daripada pokok renek dan semak samun yang berduri.
b) pokok-pokok mempunyai daun kecil, berbulu dan berlilin, berkulit tebal dan akar tunjang       untuk mengatasi masalah kekurangan air.
c) Contoh pokok; rosemary, lavender, laurel arbutus dan malle.

Rosemary

Lavender

Arbutus /Wild strawberry

d) hidupan liarnya seperti helang, serigala, musang dan landak.



ii. Hutan pokok tirus - tumbuh di kawasan tanah tinggi yang lembap.


Ciri-ciri tumbuhan hutan pokok tirus :
a) Malar hijau
b) Pokok berdaun kecil dan tahan kemarau.
c) Contoh pokok seperti pain, fir, cedar dan sprus.

Pokok pain.

Pokok fir.

Pokok cedar.

Pokok sprus

d) Contoh hidupan liar ialah kucing liar, rusa merah dan burung hantu.




Unknown

Author & Editor

Aku hanya mahu menulis berdasarkan apa yang aku fikir dan apa yang aku tahu.



0 comments:

Post a Comment