Antologi artikel dari beberapa blog lama aku.

Video of the Day

Saturday, June 7, 2014

Doa Buat Pengantin

Hari ini hari Sabtu 7 Jun 2014, hari yang penuh dengan pelbagai jemputan. Jemputan perkahwinan, jemputan pertunangan, jemputan tahlil jemputan majlis kesyukuran dan pelbagai lagi. Abah juga dapat jemputan perkahwinan dari jiran dan rakan taulan. 

Oleh itu terpaksalah Abah merayap dari satu rumah ke satu rumah dan berakhir di sebuah hotel. Abah hanya pergi ke jemputan yang berdekatan sahaja. Tidak mampu drive jauh dalam cuaca panas berdenting. Abah selalu sakit kepala dan sakit mata dalam cuaca panas dan terang. So, cari jemputan yang terdekat sahaja, 4 jemputan.

Makanan yang disaji seakan akan sama sahaja masakannya. Abah hanya makan  tertentu sahaja. Tidak pedas dan tidak mengandungi cuka/masam.

Ini adalah antara jemputan yang menarik perhatian Abah. Diadakan salah sebuah hotel di daerah ini. Jaraknya hanya 1000 meter dari rumah.

Abah sempat captured beberapa keping guna henfon. Pelamin yang besar dan sering bertukar warna kerana kesan pencahayaan.


Makanan secara buffet. Ambil makanan dan duduk di meja yang kosong  Dewan yang besar memuatkan ramai tetamu. Sambil makan tetamu dihiburkan dengan persembahan "live" band.


Majlis persandingan yang diserikan dengan persembahan silat. Leka sebentar Abah menonton persembahan silat tersebut.


Buah tangan dari pengantin. Antara isi beg ini adalah buku doa. Terima kasih Datin kerana sudi menjemput Abah dan 'awek' ke majlis tersebut.


Di sini Abah sertakan ucapan atau doa yang boleh diucap atau dibaca oleh tetamu kepada pengantin.


Berikut adalah doa yang disunatkan pengantin untuk membacanya.


Kepada semua yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini, "Selamat Pengantin Baru".


Abah Icah : Selamat Pengantin Baru untuk Encik Titan a.k.a Encik Ahmad Faizal.


Unknown

Author & Editor

Aku hanya mahu menulis berdasarkan apa yang aku fikir dan apa yang aku tahu.



0 comments:

Post a Comment