Sukar Abah nak gambarkan perasaan peminat MU.
Selepas menjuarai Piala ICC, MU tampak selesa dan ceria dengan pasukan mereka. Mereka dengan penuh yakin melaungkan kehebatan mereka. Namun kecundang pada perlawanan pertama.
Manchester United 1 - 2 Swansea.
Gol pembukaan Swansea dijaringkan pada minit ke 28 oleh Ki Sung Yueng hasil dari hantaran lintang.
Wayne Rooney pula menyamakan kedudukan dengan teknik 'bicycle kick' pada minit ke 53.
Gylfi Sigurdsson memusnahkan harapan United pada minit ke 72 dengan jaringan yang hampir sama dengan gol pertama.
Louis Van Gaal nampak kecewa dengan kekalahan pertama ini. Semuanya berpunca dari kelemahan formasi 3 pertahanan yang digunakan.
Lain -lain keputusan perlawanan.
Stoke City 0 - 1 Aston Vila
QPR 0 - Hull City
Arsenal 2 - 1 Crystal Palace
West Brom 2 -2 Sunderland
Leceister City 2 - 2 Everton
West Ham 0 - Tottenham

0 comments:
Post a Comment