Antologi artikel dari beberapa blog lama aku.

Video of the Day

Monday, August 18, 2014

Manchester City Menang Bergaya.

As salam.

Pagi yang sejuk akibat hujan dan pagi yang ceria dengan kemenangan. Abah nak sambung cerita semalam. Cerita BPL. Dua pasukan utama memenangi perlawanan sulung mereka.



Manchester City menang bergaya hasil jaringan David Silva pada minit ke 38 dan jaringan Sergio Aguero pada minit akhir perlawanan 90+2. Kemenangan ini meletakkan City di puncak liga.

Newcastle 0 - 2 Manchester City  

Dalam satu lagi perlawanan, The Reds juga menang perlawanan sulung mereka di tempat sendiri. Kemenangan ini meletakkan mereka di tempat ke tiga liga.

Gol kemenangan The Reds dijaringkan oleh pemain muda mereka , Raheem Sterling pada minit ke 23. Gol tersebut berpunca dari hantaran Jordon Henderson lalu dirembat masuk oleh Raheem Sterling dengan kaki kanan.

Pada minit ke 56 , Nathaniel Clyne menyamakan kedudukan menerusi sepakan lambung ke penjuru kanan gol Liverpool.

Liverpool terus menyerang untuk kemenangan sulung mereka dan hasilnya, pada minit 79 Raheem Sterling menanduk bola ke arah gol lawan lalu dikuis masuk oleh Daniel Sturridge dengan kaki kirinya. 

Keputusan penuh perlawanan Liverpool 2 - 1 Southampton.

Rasa happy pulak.  :)


Unknown

Author & Editor

Aku hanya mahu menulis berdasarkan apa yang aku fikir dan apa yang aku tahu.



0 comments:

Post a Comment