Friday, August 15, 2014
Siapa Bakal Juara Piala Malaysia ?
Satu teka teki yang masih belum terjawab . Abah akan ikuti perjalanan Piala Malaysia tahun ini. Siapa bakal juara untuk tahun 2014..?
Perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia bermula pada 13 Ogos dan 14 Ogos. 21 gol telah dijaringkan. Ha ha ... tinggi jumlah jaringannya. Jom kita \teliti keputusan perlawanan ini.
Keputusan perlawanan Kumpulan A
Pahang 4-0 JDT2
LionsXII 0-0 Felda United
Pahang merupakan juara tahun lalu pastinya ingin mengekalkan kejuaraan.
Keputusan perlawanan Kumpulan B
ATM 1-1 Pulau Pinang
JDT 1-0 Kelantan
JDT pasukan yang berbelanja besar dengan menghimpunankan hampir 70 % pemain kebangsaan di dalam pasukan mereka. pastinya mahukan hasil daripada pelaburan mereka.
Keputusan perlawanan Kumpulan C
Perak 2-1 Kedah
Sime Darby 0-3 PDRM
PDRM selaku juara Liga Perdana tentunya mahu membuktikan bahawa kehadiran mereka ke kancah Piala Malaysia adalah untuk memberi cabaran kepada pasukan lain.
Keputusan perlawanan Kumpulan D
T-Team 1-2 Selangor
Sarawak 3-2 Terengganu
Sarawak mendahului kumpulan ini. Pastinya Selangor dan Terenganu tidak akan mahu membiarkan Sarawak berada di tempat teratas kumpulan D.
Apa pun yang bakal berlaku, Abah harap saingan kali ini dapat memberi impak positif kepada perkembangan bolasepak tanah air.
Kita tunggu perlawanan seterusnya.
Unknown
Author & Editor
Aku hanya mahu menulis berdasarkan apa yang aku fikir dan apa yang aku tahu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment