Antologi artikel dari beberapa blog lama aku.

Video of the Day

Monday, September 26, 2016

Program Kuruskan Badan


Gemuk !

Ramai orang takut gemuk.

Gemuk tu besar. Ngelebeh. Lembap dan tak lawa.

Ramai orang nak lawa dan perasan lawa.

Aku pun nak lawa ... 

Aku nak kurus ...

Apa yang perlu aku buat untuk kurus ? 

Jom ikut program kuruskan badan aku.  


Berat badan aku 88kg di atas alat penimbang yang tak berapa betul. 

Tinggi 5' 8".

Perut boroi 40 inci. 

Of course la punggung pun besar. .

Peha besar.   

Tabiat pemakanan : Makan nasi 3-4 kali sehari. Minum milo 1 mug 2 kali sehari. Minum air kosong lebih 2 liter sehari.

Pengambilan ubat : Coveram 5/10 sebanyak 1 biji sehari. 

Gaya hidup : Tidak suka bersenam. Duduk di depan komputer 6 jam sehari. Turun naik tangga antara 144 anak tangga hingga 198 anak tangga sehari. Tidur antara 4 jam hingga 6 jam sehari.

Masalah kesihatan : Darah tinggi , gastrik dan asma (alergik habuk)

Target : Kurangkan 2 kg dalam tempoh 2 minggu.

Program yang di rangka secara kasar : Kurangkan pengambilan nasi dan bersenam selama 30 minit sehari.  


Unknown

Author & Editor

Aku hanya mahu menulis berdasarkan apa yang aku fikir dan apa yang aku tahu.



0 comments:

Post a Comment