Aku bersyukur kerana mendapat sebungkus makanan dan sebotol air sumbangan wanita garang itu. Aku berlalu pergi. Semoga Tuhan merahmatinya. Aku agak hairan dengan sikapnya yang tidak mahu berkongsi cahaya denganku. Apakah cahaya itu begitu mahal harganya ? Gelandangan seperti aku memang amat mengharapkan cahaya terutamanya ketika mengharungi kegelapan malam. Aku sedikit terkesan dengan ayat-ayat yang diucapkan oleh wanita itu ...
Aku terus melangkah mencari tempat melepaskan lelah. Aku perlu berehat untuk menjamah makanan. Tiba-tiba aku terasa seperti diekori. Aku menoleh ke belakang .
Aku melangkah pantas. Degupan jantungku semakin kencang. Sekali lagi aku menoleh ke belakang. Cahaya itu semakin dekat. Akhirnya ...
Aku terpempan seketika. Langkahku terhenti. Naluri ingin tahuku muncul semula.
Aku berasa sedikit curiga.
Kata-kata itu membuatkan lidahku kelu seketika.
Aku sedar akan kesilapanku.
Aku memohon ihsan kunang-kunang.
Aku menuruti perintah mereka. Akhirnya aku sampai ke destinasi yang dimaksudkan. Aku terpaku.
Terasa seperti seketul batu besar dihempas ke mukaku. Terasa diri ini sangat hina. Aku betul-betul malu.
Rumah Allah yang besar dan indah ini tidak pernah ku jejak sejak 20 tahun yang lalu. Aku manusia lalai. Terima kasih Allah kerana menghantar makhluk halus kunang-kunang untuk menyedarkan aku. Ya Allah , ampunilah dosa hambaMu ini dan bimbinglah aku ke jalanMu yang lurus.
Alhamdulillah. Sila komen untuk penambahbaikan.












0 comments:
Post a Comment