Antologi artikel dari beberapa blog lama aku.

Video of the Day

Friday, June 17, 2016

Score A Tugasan Sejarah PT3 2016


Calon-calon dikehendaki membuat kajian tentang bangunan/ binaan bersejarah di kawasan tempat tinggal atau kawasan berdekatan tempat tinggal calon.


Untuk kelancaran kerja menyiapkan tugasan, calon-calon dikehendaki mendapatkan surat khas dari pihak sekolah dan surat kebenaran ibubapa. Sila simpan surat-surat ini kerana surat-surat ini mungkin akan diperlukan sebagai bahan lampiran.


Dalam kajian tugasan sejarah ini, calon-calon perlu mendapatkan maklumat latar belakang bangunan/binaan. 


Bagaimana ingin mendapatkan maklumat bangunan/binaan tersebut ?


Calon-calon boleh bertanya kepada penjaga bangunan tersebut atau orang yang tinggal di sekeliling binaan tersebut. Jika bangunan tersebut di bawah jagaan pihak kerajaan sudah tentu ada risalah atau pamplet yang disediakan. Dapatkan risalah atau pamplet tersebut.


Jangan lupa untuk membawa kamera bagi merakam gambar-gambar struktur bangunan atau bawa buku catatan supaya calon dapat membuat lakar bentuk asas bangunan. Hal ini kerana calon perlu menerangkan struktur binaan/bangunan.


Seterusnya calon-calon perlu mendapatkan sebab mengapa bangunan/binaan tersebut dibina dan membuat analisa terhadap fungsi dan keadaan semasa bangunan.

Setelah melihat dan mengkaji keadaan semasa bangunan/binaan tersebut  calon-calon perlu mencadangkan langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara bangunan/binaan tersebut.


Setelah calon-calon selesai membuat kajian dan mengumpul maklumat, calon-calon perlu menulis tugasan sejarah di kelas bersama guru mata pelajaran Sejarah. Guru-guru akan membimbing pelajar melakukan tugasan.


Untuk menghasilkan tugasan, calon calon perlu menyediakan alat tulis, kertas A4 dan bahan bahan kajian. Guna kertas A4 putih dan pen bewarna hitam. Jangan menulis menggunakan pensel.





Tips - Sila tanya guru sejarah anda bagaimana untuk mendapatkan pangkat A subjek sejarah PT3 2016.


Unknown

Author & Editor

Aku hanya mahu menulis berdasarkan apa yang aku fikir dan apa yang aku tahu.



0 comments:

Post a Comment