Antologi artikel dari beberapa blog lama aku.

Video of the Day

Thursday, June 30, 2016

Difteria Menyerang



Sehingga 29 Jun 2016, sebanyak 13 kes disahkan difteria dengan 5 kematian telah dilaporkan berlaku di negara kita.

Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae. Bakteria ini menjangkiti tekak dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.

 Pembawa kuman adalah dalam kalangan manusia sendiri. Ia tersebar melalui kulit, saluran pernafasan dan sentuhan dengan pesakit difteria sendiri.


Kanak-kanak perlu diberikan imunisasi yang lengkap termasuk vaksin difteria bagi memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit dan mencegah berlaku komplikasi akibat jangkitan.


Perkhidmatan imunisasi di klinik-klinik kesihatan, hospital dan klinik swasta dilaporkan  mendapat sambutan yang memberansangkan.


Unknown

Author & Editor

Aku hanya mahu menulis berdasarkan apa yang aku fikir dan apa yang aku tahu.



0 comments:

Post a Comment