Friday, January 15, 2016
Pilihlah Sahabat Yang Baik
Salam Jumaat.
Khutbah yang aku dengar hari ini berkaitan dengan sahabat.
Memilih sahabat dan keikhlasan bersahabat.
Kita dikehendaki memilih sahabat yang baik. Sahabat yang mampu mengajak kita ke arah kebaikan dunia dan akhirat.
Contohnya, jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, sekali sekala tentu kita akan terpalit dengan minyak wanginya. Paling tidak pun , kita dapat menghidu bau pewangi tersebut.
Jika kita berkawan dengan si tukang besi, sekali-sekala tentu akan terkena percikan api besinya. Paling tidak pun, kita akan terhidu bau busuk asap atau terkena kotoran besi tersebut.
Dalam menjalinkan persahabatan, kita mesti ikhlas. Tidak perlu ada agenda tertentu dalam bersahabat. Sekiranya agenda tersebut terbongkar maka akan berlakulah perkara-perkara yang tidak dingini.
Dalam khutbah tersebut ada disebut bahawa, mereka yang bersahabat baik untuk melakukan kemungkaran di dunia, akan berseteru di hadapan Allah di alam akhirat kerana masing-masing saling tuduh menuduh kerana takutkan azab dari Allah.
So, pilihlah sahabat dan bersahabatlah dengan keikhlasan.
Unknown
Author & Editor
Aku hanya mahu menulis berdasarkan apa yang aku fikir dan apa yang aku tahu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment