Antologi artikel dari beberapa blog lama aku.

Video of the Day

Sunday, January 31, 2016

Ayat-Ayat Lentok Dalam Bahasa Melayu


Penulisan Bahasa Melayu !

Kenapa ramai sangat budak Melayu tak dapat A dalam penulisan ?

Kome fikirlah sendiri ...

Hari ini aku pergi shopping. Then aku singgah di kedai buku untuk beli wisel lalu terjumpa satu buku.

Setelah membelek belek selama beberapa minit, aku beli buku tu. Kandungannya memang menarik.  

Terdapat pelbagai ungkapan yang boleh digunakan dalam penulisan kreatif dan penulisan nonkreatif.

Harganya lebih kurang RM11.

Buku ini mampu membantu penulis amatur atau pelajar  yang belum mahir mencipta kalimat berseni, indah dan efektif. 

Aku berfikir tiada salahnya meminjam kata-kata orang lain untuk belajar . 

Jika sudah mahir tentu kita dapat menggunakannya secara spontan.

Setiap hari kita semua bercakap. Semua orang akan bercakap sebaik sahaja bangun dari tidur.

Namun tidak ramai yang mahu menulis pada setiap hari. Itulah punca kenapa ramai yang gagal mendapat A dalam penulisan. 

Jika dalam pertuturan kita pandai menggunakan bahasa kiasan, dalam penulisan belum tentu kita mampu berbuat demikian.

Di sini aku sertakan beberapa ungkapan lentok. Lentok disebabkan keindahan bahasa atau lentok sebab korang tidak tahu jawapannya.

1. Aturan yang membekukan .

2. Amat luas ruang lingkupnya.

3. Akibat limpahan kemewahan. 

4. Ancaman bagi menghakis jati diri umat.

 



Unknown

Author & Editor

Aku hanya mahu menulis berdasarkan apa yang aku fikir dan apa yang aku tahu.



0 comments:

Post a Comment