Puas sudah aku merayau mencari cerita perlawanan bolasepak skuad Harimau. Satu pun tiada. So aku ambil keputusan untuk menulis story perlawanan semalam berdasarkan tontonan aku melalui live streaming TVT 1 (TV1 Tajikistan)
Cuba kome baca semula post aku ni..
Keputusannya memang sudah dijangka Memang teruk skuad Harimau Malaya kena taji. Tajikistan menang dengan bergaya. Kesian Coach Dollah sebab gagal dalam ujian sulungnya.
Apa yang bagusnya adalah Coach Dollah menggunakan corak permainan menyerang namun pemain Malaysia gagal melakukan hantaran tepat. Kebanyakan hantaran disambar lawan untuk counter attack.
Badri Radzi, Chanturu dan Gopi bermain baik tetapi hantaran kepada mereka tak sampai. Tambahan pula Dollah meletakkan 'penyerang tunggu bola untuk score' di hadapan. (Aku memang tak suka penyerang ni). Jadi kempunan lah nak tengok jaringan.
Mat Yo memang rajin mengejar bola dan menghantar bola tetapi tidak ada pemain yang mampu meletakkan bola kedalam gol lawan,
Jelas kelihatan Tajikistan menguasai permainan apabila mereka menjaringkan gol pada minit ke 15 dan minit ke 35. Apa yang aku dapat lihat, hantaran lintang Tajikistan memangbagus dan bahaya.
Sebelum habis first half , Amri Yahyah dapat score melalui penalti. Kedudukan semasa menjadi 2 - 1.
Pada second half Tajikistan terus taji Harimau Malaya dengan dua lagi gol. Tajikistan juga mendapat sepakan penalti namun Farizal Marlias berjaya menggagalkannya. Sehingga tamat permainan 90 minit, Tajikistan 4 - 1 Malaysia.
Antara perkara yang boleh dijadikan alasan untuk kekalahan ini ;
- tempoh latihan yang singkat.
- cuaca Tajikistan yang panas.
- tidak biasa bermain di atas padang rumput tiruan.
- tak cukup cergas sebab banyak makan lemang .... :)
Cuba kome pikir ................ lojik tak ?
Saturday, August 9, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment