Antologi artikel dari beberapa blog lama aku.

Video of the Day

Wednesday, August 13, 2014

Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 13/08/2014


Ini adalah game pertama peringkat kumpulan. Semua pasukan cuba untuk mencari kemenangan pertama untuk menggerunkan lawan. Semua biasa kemenangan banyak berpihak kepada pasukan yang berpengalaman dan bermain dengan baik.

Keputusan perlawanan Piala Malaysia 13/08/2014 peringkat Kumpulan A

Pahang 4-0 JDT2
5', 71' Dickson Nwakaeme (PAH)
38' Matias Conti (PAH)
90+3' Fauzi Roslan (PAH)

LionsXII 0-0 Felda United

Untuk game kumpulan A , aku sememangnya menjangkakan Pahang akan menang mudah. Perlawanan antara LionXII dengan Felda United aku tak dapat nak jangka sebab ia berlangsung di Singapura. Kelebihan untuk LionXII. Cuma aku suka Felda United menang.
Keputusan perlawanan Piala Malaysia 13/08/2014 peringkat Kumpulan B

ATM 1-1 Pulau Pinang
26' Hai-O (ATM)
45' Rafiuddin Roddin (PPG)

JDT 1-0 Kelantan
72' Safiq Rahim (JDT)

Untuk game Kumpulan B aku memilih ATM untuk menang tetapi mereka gagal berbuat demikian walaupun bermain di tempat sendiri. Mereka hanya mampu seri. Game JDT dengan Kelantan , aku menyokong Kelantan. Walaupun aku tahu Kelantan tidak mampu berbuat demikian. Sebabnya ........? Come kome pikir ........ 

Keputusan perlawanan Piala Malaysia 13/08/2014 peringkat Kumpulan D

T-Team 1-2 Selangor 
49' Patrich Wanggai (TTM)
51' Andik Vermansyah (SEL)
58' Paulo Rangel (SEL)

Untuk game yang ini, aku memilih Selangor kerana Paulo Rangel. Aku bukannnya menyokong Selangor tetapi aku nak tengok Rangel score. Aku harap Selangor menjuarai peringkat kumpulan ini.


Unknown

Author & Editor

Aku hanya mahu menulis berdasarkan apa yang aku fikir dan apa yang aku tahu.



0 comments:

Post a Comment