Antologi artikel dari beberapa blog lama aku.

Video of the Day

Friday, September 23, 2016

Gelap : Babak 1


Malam gelap. Tiupan angin menambah kedinginan malam. Aku mendongak ke langit, tiada bintang atau bulan.


Tubuhku semakin lemah namun kakiku terus melangkah membelah kegelapan malam tanpa tujuan yang pasti.  


Perutku mula berkeroncong. Tekakku semakin perit, menjerit meminta seteguk air. Tubuhku mula terhoyong-hayang. Entah berapa kali aku tersungkur mencium bumi. Aku terus melangkah perlahan. Entah berapa puluh kilometer perjalananku hari ini tanpa menjamah sedikit makanan pun. Aku duduk sebentar di tepi semak untuk melepas lelah.


Selepas beberapa ketika, aku tercium bau sesuatu yang memang aku kenal. Bau itu membangkitkan nafsuku. Tiba-tiba rasa lapar menggigit perutku semula. Dari mana bau itu datang ? Mataku melingas mencari sesuatu. Tiba-tiba ...


Mindaku ligat berputar. Dari mana cahaya itu datang ? Siapakah pemilik cahaya itu ? Mengapa tiba-tiba sahaja cahaya itu muncul ? Mungkin ...


Naluri ingin tahuku telah menganjak kakiku untuk terus menjejak cahaya kuning itu. Tentunya ada satu jawapan yang jitu bagi persoalan ini. Kakiku melangkah semakin pantas meredah semak samun yang tumbuh disepanjang laluanku. Apabila hampir kepada cahaya itu, aku terkejut ...



 Aku memberanikan diri untuk menghampiri rumah itu. Aku ketuk pintu rumah itu.


 Aku ketuk berulangkali. Akhirnya kedengaran suara ...



Suara garang memecah kesunyian malam. Di muka pintu kelihatan seorang wanita bercekak pinggang memandangku. Tiba-tiba ...


Suasana gelap semula.
  
Bersambung.


Unknown

Author & Editor

Aku hanya mahu menulis berdasarkan apa yang aku fikir dan apa yang aku tahu.



0 comments:

Post a Comment