Salam Jumaat.
Pagi yang nyaman setelah hujan pada malam tadi.
Selamat pagi kepada yang bangun pagi.
Apa yang anda selalu buat apabila bangun tidur ..?
Aku selalu bangun pada jam 6 pagi.
Celik mata , baca doa bangun tidur dulu.
Tanda syukur kerana masih diberi nikmat untuk bernafas pada hari ini.
Selepas berdoa aku akan gerak kan leher , jari tangan, pergelangan tangan, siku , bahu, peha, pelipat dan pergelangan kaki perlahan-lahan.
Ini sebagai persediaan untuk bangun. Senamanlah tu ... Mengeliat untuk regangan otot.
Apabila badan mula rasa panas, barulah aku bangun dan duduk.
Kemudian aku akan minum secawan dua air kosong. Telan dengan air liur basi sekali.
Ha ha ha ....
Hal ini untuk mengganti semula air dalam badan kerana aku selalu berpeluh ketika tidur.
Tidur tanpa air-con, biasalah kan ?
Minum air kosong ini juga sebagai cara flushing dalam badan. Selepas minum, confirm pergi toilet. Dengan izin Allah.
Kata pakar kesihatan, amalan ini baik untuk kesihatan badan dan jantung kita.

0 comments:
Post a Comment