Hai !
Tadi aku tengok berita kat tv , segmen sukan. Kenyataan yang disebut adalah "kebanyakan pemain yang dipanggil untuk latihan team bolasepak Harimau Malaya adalah tidak cergas. Kecergasan mereka hanya pada tahan 70 - 80 peratus sahaja". Kenyataan ini dikeluarkan oleh Coach Dollah Salleh sendiri.
Mak aiii ....! Apa ke jadahnya . Nak main mewakili negara dengan kecergasan kurang dari 85 peratus. Huh........ cuba le kome pikir.... "apa keputusan yang akan kita dapat.....?
Memang lah ini perlawanan persahabatan, tak penting sangat. Tetapi keputusannya melibatkan maruah negara dan reputasi coach baru kita. Tambahan pula Tajikistan berada pada ranking 124 dunia. Ranking Malaysia ?
Aku tak tau la nak kata apa ...cuma Coach Dollah kena lah berhati-hati. Kalau keputusannya OKAY maka terimalah pujian yang melangit. Kalau keputusan yang sebaliknya berlaku.... mungkin ada yang kata .."beri peluang , masih diperingkat percubaan".Yang jahatnya mungkin ada media massa yang akan mengkritik terus keputusan tersebut dengan pelbagai tuduhan.
Pastinya ini akan mencalar reputasi coach baru kita. Cuba kome pikir , betul tak apa yang aku tulis ni ?
Perlawanan persahabatan ini akan diadakan di Dushanbe pada Jumaat ini. Ada masa lagi tiga hari untuk meningkatkan kecergasan.
Menurut kenyataan dalam berita itu lagi, Coach Dollah berharap pengalaman yang ada pada pemain dapat menampung kekurangan yang ada.
He he he....aku pun tak faham maksud ayat tu .
Aku menjangkakan Coach Dollah akan menggunakan formasi 4-4-2. Ini formasi lazim Malaysia. Empat pemain pertahanan JDT akan duduk di bawah. Di bahagian tengah akan ada Kunalan, Badri Radzi, Amri dan Gopi.
Penyerang ? Mat Yo tu aku setuju lah.............tetapi siapa seorang lagi penyerang yang akan ditugaskan untuk merobek gawang lawan. Aku harap Coach Dollah dapat meletakkan penyerang yang mampu menjaringkan gol dan mampu mencipta peluang untuk rakan menjaringkan gol.
Jangan letak striker yang hanya tunggu bola sedap sahaja untuk score.
Dalam satu paper yang aku baca hari ini, Coach ada sebut benda ni . " Harap penyokong tak terlalu mengharap keajaiban untuk aksi bertemu Tajikistan. Kena faham masa terlalu singkat. Saya tiada nak janji lebih, cuma kami cuba beri yang terbaik dan saya mahu dapatkan corak permainan yang diinginkan."
Cuba kome pikir, apa maksud ayat itu ?
Kepada team Harimau Malaya..best of luck.
Kepada diri aku sendiri....be positive.
Berapa gol nak score dan berapa gol akan bolos ?
Monday, August 4, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment