Thursday, August 21, 2014
Malaysia Bakal Berdepan Korea Selatan.
Skuad Harimau Muda A di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee bakal berdepan laluan sukar untuk memburu slot suku akhir acara bola sepak pada Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, bulan depan, apabila diundi dalam kumpulan A bersama Korea Selatan, Arab Saudi dan Laos.
Mengikut format pertandingan, dua pasukan teratas daripada setiap lapan kumpulan layak ke pusingan kedua pada pertandingan yang bermula 14 September hingga 3 Oktober ini di enam stadium di sekitar bandaraya Incheon.
Pengurus pasukan Datuk Seri Afandi Hamzah, berkata skuad Harimau Muda akan berlepas ke China pada 8 September untuk satu aksi pemanas badan sebelum ke Incheon pada 10 September.
Unknown
Author & Editor
Aku hanya mahu menulis berdasarkan apa yang aku fikir dan apa yang aku tahu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment