Friday, August 22, 2014
Cerita Bolasepak Malaysia Sebelum Perlawanan 23/08/2014
Kelantan Perlu Tutup Kelemahan,
Khairul Fahmi Che Mat mahu rakan sepasukannya menutup segala kelemahan yang membelenggu pasukannya apabila berdepan ATM pada aksi Kumpulan C kempen Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam esok.
"TRW tidak boleh leka, kena kekal fokus sehingga wisel penamat meski pun selesa mendahului lawan kerana dalam tempoh 90 minit, apa-apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak,” katanya,
Kami tidak boleh tercicir mata, Satu mata mungkin memadai tetapi jika menang ia bonus buat Kelantan. Tetapi kami sedar bukan satu tugas mudah berdepan ATM lebih-lebih lagi bermain di gelanggang mereka.
Pahang Perlu Konsisten Dan Fokus,
Kapten pasukan Pahang, Mohd Razman Roslan menasihati rakan sepasukan supaya kekalkan aksi konsisten dan fokus apabila bertemu pasukan Felda United. selepas dua kemenangan berturut-turut skuadnya.
Pahang akan melayan kunjungan Felda United untuk saingan Kumpulan A bagi kempen Piala Malaysia 2014 di Stadium Darul Makmur, malam esok.
“Ini juga bukan tugas mudah dengan barisan pemain yang berpengalaman seperti Indra Putra Mahyuddin, kami perlu kekang mereka daripada membolosi gawang pasukan,” kata pemain pertahanan berusia 30 tahun itu.
Yang penting, ikut arahan dan strategi yang ditetapkan dan disiplin hingga ke wisel penamat.
Unknown
Author & Editor
Aku hanya mahu menulis berdasarkan apa yang aku fikir dan apa yang aku tahu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment