Antologi artikel dari beberapa blog lama aku.

Video of the Day

Tuesday, July 8, 2014

Penawar Penyakit Batu Karang

As Salam.

Hari ini Abah nak kongsi satu cerita. Cerita happy dan bermanfaat untuk semua.

Baru-baru ini abah singgah di sebuah kedai runcit. Abah selalu membeli surat khabar, majalah dan roti di kedai tersebut. Ketika Abah berada di kaunter pembayaran, isteri pemilik kedai runcit tersebut menyapa Abah.

"Encik , boleh kita sembang sekejap."

Abah merenung muka isteri pemilik kedai tersebut.

"Jom ke sana ...", sambil jarinya menuding ke arah rak botol minuman. 

Abah menuruti kehendaknya tanpa banyak cakap. Apa pula yang hendak diceritakan oleh perempuan ini ?

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada encik sebab beri tahu saya pasal khasiat air ni ", katanya sambil memegang botol air yang berwarna biru.

"Kenapa nak ucap terima kasih pada saya ", Abah rasa sedikit pelik.

"Ceritanya begini, dua minggu lepas saya balik ke KL. Pergi ke rumah adik...", isteri pemilik kedai itu memulakan ceritanya. 

"Semasa di rumah adik, saya berjumpa dengan seorang saudara saya yang menghidap penyakit batu karang. Dia bercerita masalah penyakitnya. Doktor suruh operate atau tembak dengan laser. Dia tak mahu sebab tak ada duit dan takut. Semasa bersembang tu, saya teringat cerita encik pasal air ni."

Abah tersenyum sahaja mendengar cerita isteri pemilik kedai itu.

"Saya pusing satu KL cari air ni. Nasib baik jumpa. Saya beli 10 botol suruh dia minum sehari sebotol."

"Semalam saya call saudara tu, nak tak pasal operate tu... encik tau apa dia cakap ? "

"Entah ........." Manalah Abah tahu apa yang dia sembang dengan saudaranya. Bukannya Abah dengar pun. 

"Operation tu tak jadi. Batu karang tu dah tak ada. Doktor pun hairan. Macam mana batu karang tu hilang..."

"Berapa botol dia minum ?"

"9 botol je yang sempat dia minum."

"Alhamdulillah, pecah juga batu karang dengan air alkali ..."

"Memang pecah. Doktor pun hairan sebab hilang terus. La ni saya nak ambil stok lebihlah untuk air ni".

Imej dari internet

Setelah mendengar cerita isteri pemilik kedai tu, Abah rasa semakin yakin dengan khasiat air alkali ini. Dengan izin Allah, produk ini mampu membantu pesakit memulihkan kesihatan badan mereka.

Sebenar percubaan minum air alkali ini Abah lakukan ketika Abah mengalami gastrik yang teruk. Abah beli air alkali beberapa botol dan minum sebotol  setiap hari. Teori yang Abah pegang adalah 
                               Alkali mampu menutralkan asid.
Alhamdulillah , selepas beberapa hari, rasa sakit semakin berkurangan. Abah terus minum air alkali sehingga sekarang. 

Dalam post ini Abah hanya sebutkan air alkali sahaja secara umum. Abah tidak sebutkan jenama air alkali tersebut. Abah tidak dibayar untuk sebarang promosi produk.

Jika ingin tahu jenamanya sila add Google+ Follower

Okay setakat ini dulu cerita dari Abah Icah



Unknown

Author & Editor

Aku hanya mahu menulis berdasarkan apa yang aku fikir dan apa yang aku tahu.



0 comments:

Post a Comment