Antologi artikel dari beberapa blog lama aku.

Video of the Day

Sunday, June 29, 2014

Soalan PT3 Geografi

Perkara ini akan menjadi topik panas mulai 1 Julai sehingga 18 Julai 2014. Puluhan ribu pelajar Tingkatan 3 beserta guru-guru mereka akan bertungkus lumus menyiapkan tugasan mereka. PT3 adalah penilaian yang digunakan bagi mengganti PMR.



Baru-baru ini Abah sempat bertanyakan kepada beberapa orang rakan guru perkara berkaitan PT3. Pelbagai maklumat Abah dapat. Hebat betul golongan guru ni. Berilah apa sahaja kerja , sekejap sahaja mereka hadamkan. Tabik untuk Cikgu Cikgu sekalian.

Menurut kata rakan-rakan Abah ni, subjek pertama yang akan dinilai adalah Geografi. Oleh itu, abah buat research berkaitan PT3  Geografi. Di bawah ini Abah dedahkan sedikit maklumat yang di perolehi dari internet dan rakan guru.

1. Soalan PT3 Geografi yang Abah jumpa di internet. 


Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang kejadian / isu pencemaran alam sekitar (air, udara, bau, tanih) yang berlaku di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolah calon.
Ini bermakna pelajar Tingkatan 3 boleh menulis tajuk seperti berikut ;

"Pencemaran udara yang berlaku di sekitar Kampung Pasang Api , Bagan Datoh."


2. Apakah yang perlu dikaji oleh pelajar ?



Kajian perlu dibuat terhadap perkara berikut : 


-Konsep dan takrifan pencemaran udara (5 markah)

-Faktor atau punca kejadian pencemaran udara di Kampung Pasang Api. (15 markah)

-Kesan kejadian pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar di Kampung Pasang Api. (20 markah)

-Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran udara di kawasan terbut. (20 markah)

-Grafik yang sesuai. (10 markah) Abah cadangkan penggunaan peta minda lebih mudah. 

Jika kita perhatikan markah keseluruhan isi kajian adalah 70 markah. Mana lagi 30 markah ?


3. Mengikut cerita rakan-rakan guru Abah termasuklah blog Cekgu ni, perancangan kerja juga diberi 10 markah. Ia meliputi jadual kerja, agihan kerja dalam carta alir, objektif kajian dan kaedah kajian.


4. Proses awal menghasilkan kajian juga diberi markah sebanyak 20 markah.

Proses ini melibatkan maklumat yang dikumpul mesti relevan dan menyatakan sumber maklumat. Ada yang kata , mesti ada borang soal selidik. Senarai rujukan mesti ada dah juga gambar.


Panjang penulisan tidak kurang dari 300 patah perkataan. Bagaimana untuk dapatkan penulisan melebihi 300 patah perkataan ? Setiap isi yang diberi mesti dihuraikan dan disertakan dengan contoh. Abah rasa tentu kajian ini menjadi 3 ribu patah perkataan.

Okay. rasanya cukuplah cerita pasal PT3 ni. Tetiba je Abah rasa nak jadi Cikgu Geografi.  :).

Selamat berpuasa. Maaf dzahir bathin.







Unknown

Author & Editor

Aku hanya mahu menulis berdasarkan apa yang aku fikir dan apa yang aku tahu.



4 comments:

  1. Assalamualaikum Abah.
    Saya juga calon PT3 untuk tahun 2015 akan datang. Terima kasih untuk infonya. Oh, macam ni ke soalan dia? Memang nampak memberansangkan jugak. Hm.. kena struggle betul-betul ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam
      Kena fokus kepada apa yang disampaikan oleh guru ketika belajar.
      Kerana jawapan anda akan ditanda oleh guru tersebut. Cuba bodek cikgu tu.... :)

      Delete
  2. sekarang hidup cikgu geografi dibelenggu pt3 ! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya . Nampaknya begitulah....... apa pun teruskan usaha Cikgu untuk mendidik anak bangsa. Semoga diberkati Allah.

      Delete