Antologi artikel dari beberapa blog lama aku.

Video of the Day

Thursday, June 12, 2014

Google Sempena Piala Dunia

As Salam

Sejak akhir akhir ini Abah dapati hiasan/grafik pada Google web browser kerap berubah dan nampak cantik belaka.

Oleh itu Abah ambil kesempatan tersebut untuk kongsikan dengan pembaca blog ini.


Apabila Abah klik pada bulatan hijau di atas akan bergolek sebijik bola dari arah kiri. Huruf Google juga keluar kaki dan tangan. 


Kemudian keluar pula paparan seperti di bawah. Nampak cantik juga.


Hari ini bermulanya perlawanan bolasepak Piala Dunia 2014 di Brazil dengan perlawanan diantara tuan rumah dengan Crotia.

Kepada muslimin dan muslimat juga jangan lupa pada Asar dan Maghrib nanti buku amalan kita akan ditutup dan diganti dengan buku baru. Jom pertingkatkan amalan sebelum dapat buku baru. Nisfu Syaában.

Berikut adalah hadis Rasulullah.
“ALLAH melihat kepada hamba-hambaNYA pada malam nisfu Sya`ban, maka DIA mengampuni semua hamba-hambaNYA kecuali yang musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).”  
(Hadith Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar). 



Semoga bermanfaat.



Unknown

Author & Editor

Aku hanya mahu menulis berdasarkan apa yang aku fikir dan apa yang aku tahu.



0 comments:

Post a Comment